Pages

Friday 11 October 2013

salam jumaat

salam jumaat
salam penghulu segala hari
kahfi kamon. regardless :)
 
n
salam aidiladha
 
selamat pulang ke kampung
selamat bercuti
semoga selamat semuanya
jumpa mggu depan
insyaAllah...
 
 (^_^)
 

ibadah




Thursday 10 October 2013

menangis

 
 
 
Dalam kitab Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

 Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku  (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
...

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."


 Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"


 Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.


 Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.


 Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
 
 

cc : islam itu indah
 
 

Tuesday 8 October 2013

Olololo


 
olololo..
miaw miaw angan angih
anti itew angih
hehehe
 
 

Monday 7 October 2013

bayangan rindu


kiew -------> umar ---------> BETO !! hehe
 
 
dah lma beli novel bayangan rindu ni. since sekolah menengah.
akhirnya dah di buat filem
one of my feveret novel
n tmbah feveret bila beto jadi hero..kikiki
 
klw ikut novel..umar ni mmg ada crush ngn iddya since sekolah
wait. cta pasai crush lg? haha
dia sggup tggu iddya
lps iddya ngn ba'in la..lutfi la..
klw bca novel..background lain sikit
sbb time ngn ba'in tu kat sekolah menengah
 
its a 3 hours movie..klw mlas xyah tgok :p
klw rajin blh klik sini
 
Part 1                           Part 2
 
~ONE FINE DAY~
 
daaaaa~
 
 

Sunday 6 October 2013

Kisah benar



Jam dah menunjukkan pukul 2.10 minit pagi. aq masih lagi ralit tersengih depan pc. membca blog2 yg ada sja nak membuat aq tersengih. esok cti apa da hal, omelku. tiba-tiba aq terdengar satu bunyi. oh ayu saodah anta chat upanya.
 
"-nak beli xshisedo mask.aq jual murah. bgus klw pakai mask ni. ada 3 jenis oren, putih n hitam. nak wrna apa?"
 
aq belum sempat jawab
 
"-xpala satg aq trun. ang pilih."
 
inikah bisnes? akhirnya, aq beli jugak. kawan2 kan. pukul 2 pagi jual mask? asalkan ko bahagia. haha
 
baru teringat. baju dah penuh timba. siap melimpah2 lagi. aq gagahkan diri menapak di pagi2 buta ke mesin basuh yg terletak di blok sebelah. terlihat barisan2 timba yg panjang menunggu giliran. igtkan blhla basuh bju dgn aman damai tenang dan tenteram.
 
aq trun ke tgkat bawah. yah. kosong. excited xterkata bila melihat mesin basuh yg kosong. namun harapan kembali hampa bila melihat apa yg tertera di mesin basuh itu.
 
" Mesin ini hanya terima duit syiling 50 sen lama sahaja"
 
ku buka genggaman. segenggam duit syiling 20 sen dan 10 sen bernilai 2 ringgit, cun. aq trun lg ke tingkat bawah.
 
" 50 sen dan 20 sen. syiling lama sahaja"
 
perlahan-lahan aq menapak kembali ke bilik. terlihat jiran sebelah masih belum tidur. peluang. dptla tukar duit syiling.
 
"awat xtdoq lagi?" aku berbasa basi
"nak cabut mask ni. punyala payah"
 
erk? rupanya dia turut terpengaruh dgn  mask ayu saodah. cepat2 aq tukar syiling dan kembali ke mesin basuh tingkat bawah.
 
pagi itu berulang alik aq dari stu blok ke satu blok. dari satu aras ke satu aras. demi mencapai cita2 untuk membasuh baju.
 
sejam berlalu. baju juga sudah selamat di ampaian.
 
 
sekian. itu sahaja kisah basuh baju mlm ini.
 
 
daaaaaa~

 
::mesin basuh pun demand. manusia?
 
 
 

Monday 30 September 2013

This is it!


Tadaaaa..hehe
Tgok yg tulisan jawi tuuu :p
 
        

Cewinya..kikiki

Daaaaaa~


Saturday 28 September 2013

Kursus Kahwin

 
 
Tadi aq ngn mek non p kursus kawen...hihi
Anjuran uitm..bayaran RM 60..tmpt terhad 300 org ja kot
awai sem ari tu mek non dh dftar..tu pn lg sikit nk penuh
sjala teman mek non..
pas praktikal ni insya Allah mek non nak tunang ngn mad munet dia tuu..
selamat bertunang la noh..hehe
aq pulak???
calon dah hilang
mcm mna?
dengaq ustaz2 bercerita..semangat berkobar2 pulak nak kawen aih...kikiki
adoi..meh la calon sorang..hehe
 
Esok ada lg shari..
Then dpt sijil terus..
Xpala amik awai2..
Nt klw jodoh lmbt segan pulak..
Dah tua2 baru nk p kursus..heeee

Btw mcm mna nk tukaq nma blog ni eh?
dashboard stail baru dah..
dah try tukaq mcm2 nma
still dia ckp subdomain is not available
title blog blh pulak tukaq =,='
ngok ngek la blog ni pun..hahaa
 
 
Nak p wat assignment jap..issue n ethics in finance..wat ratio pasal kurnia n great eastern..
ok tu ja..:)
daaaaa~

 

Monday 16 September 2013

16 September





Selamat Hari Malaysia!!
I LOVE MALAYSIA.. (^_^)
 
By the way, tw x mksud MALAYSIA?
Eh..nama pun rakyat Malaysia..xkan xtw kan..hik2
"IA" is from LATIN words means TANAH
"MALAYS" means  BANGSA MELAYU
so MALAYSIA = TANAH BANGSA MELAYU (^_^)

for more info click here
 
ok..tu ja..
daaaaaa~
 
 
 
 

(^_^)







Saturday 14 September 2013

renungan bersama



Dalam sebuah bas yang sedang bergerak dari KL ke Kedah, kelihatan seorang pemuda berusia 26 tahun sedang teruja melihat pemandangan luar bas.
 
Dengan riang dan teruja, pemuda itu berkata kepada ayahnya yang tua disisi, "Ayah! Ayah! Wow! Cuba tengok tu. Pokok-pokok tu macam sedang bergerak melintasi kita la"
 
Sang ayah mengangguk-anggukkan kepala sambil bibirnya mengukir senyuman ceria seumpama seronok melihat keletah anak terunanya itu.
 
Sepasang kekasih yang duduk dikerusi belakang mereka tidak selesa dengan perangai pemuda tersebut. "Hish! Macam budak-budak!", bisik si kekasih pada pasangannya sambil mencebik bibir.

 
 "Ayah! Tu awan kan? Macam asap. Tengok awan tu ayah, dia ikut berjalan dengan kita dari tadi Wah~", pemuda itu terus teruja melihat pemandangan luar bas sepanjang perjalanan. Ayahnya hanya senyap dan melayan kerenah anaknya itu dengan senyuman. Dia nampak bahagia setiap kali melihat anaknya yang berusia 26 tahun itu kagum dengan pemandangan luar.

 
Pasangan kekasih di belakang mereka sudah tidak tahan dengan perangai kebudak-budakan pemuda itu, lalu mereka menegur si ayah, "Pakcik. Anak pakcik ni kenapa jakun sangat? Dari tadi terkinja-kinja tengok luar bas. Dia ada masalah mental ke? Baik pakcik bawa dia ke hospital sakit jiwa".

 
Air muka sang ayah berubah. Dia diam seketika sebelum menjawab, "Minta maaf nak. Kami baru balik dari hospital. Anak pakcik ni menderita buta sejak kecil. Lepas 'operation' mata beberapa bulan lepas, hari ini merupakan hari pertama dia dapat melihat alam ni dengan mata kepalanya sendiri"
 

 Pasangan kekasih tersebut terdiam seribu bahasa.
 
 
C&P

 

Monday 9 September 2013

wasilah cinta

kisah sebuah keluarga.
seorang ayah n suami yg terlalu sygkan keluarganya.
rela membuatkan dirinya di benci oleh mereka
agar mereka tidak terlalu merasakan kehilangannya
 
whoaaa..sedih cta ni..dia sggup rahsiakan penyakit dia demi xnak tgok keluarga dia bersedih...ok la tgok zamarul hisham ngn jasmin hamid berlakon..n mmg kena ngn lagu tema dia..AKHIR CINTA- ARUS BAND..bez jugak lagu ni..nk dgr boleh klik sini
 
 
Masihkah ada lagi kesempatan untukku
Untuk bersamamu
Untuk mencintaimu
Selama-lamanya..
Ku cuba tuk mengerti
Akhir cerita hidupku
Ku kan kecewakanmu
Ku kan menyakitimu
Semua demi cinta
Hingga ke hujung waktu
Bawa cintaku bersamamu
Dakap peluk kesetiaanku
Hingga ke hujung waktu
Ku kan terus menyayangimu
Walau dalam tidur lenaku
Akhirnya harus kurelakan
Kehilangan cinta sejatiku
Namun ia pastikan terjadi
Kita tak mungkin bersama lagi


ok tu ja..p la lyan lagu ni.. :)
daaaa~

 
 
 
 

Sunday 8 September 2013

new sem

 
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Hari ni aq dah selamat menjejakkan kaki kembali di UiTM Shah Alam yg tercinta ni..:D
Selamat jugak mendaftar di kolej baru..------> MAWAR
N selamat lulus dlm semua paper last sem..huhuhu

Penat mengangkat barang ngan adik aq..nek teksi dr uitm sg buloh..sebesar-besar  uitm s.alam ni tempat simpan brg pun xleh nak sedia..hmmmm nsib la kolej mawar ni ada lift..esok dh start claz..huhu moga semua brjalan lancar..

 
 
Ok la..nk p kemas2 bju..bilik pun...cantik sgt..hehe daaaa~
 
 
 

Sunday 7 July 2013

Selamat Berpuasa dan Bercuti!

 
 
 
 
Hari ni 7/7...Happy Birthday, Mak!!
Semoga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki..org dh beli bju rya kat mak..kaler oren gitu..haha
 
Sedar x sedar sedar x sedar, lagi dua ari nak posa kan? Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat..ari kedua posa aq paper IFM..n then...balik umah la!!! cuti sem smpai bulan 9 ni..xsbaq dh ni..hehe n aq nak mintak maaf kepada sesiapa saja yg pernah terasa ati ngan aq..especially pasal kain tu..sebab aq kain tu hilang so aq rsa bersalah sgt..n i'm so so so sorry..dh beli gnti balik pn..5 pasang siap..huhu again so sorry....to those yg amik kain tu nt kita jmpa ye?
 
 
 
Fwens...bulan 9 ni kita jumpa lgi...In shaa allah...jika dipanjangkan umur..n fb, blog n segala bgai..bulan 9 ni kita jumpa lg tw? jgn rindu2 aq tw? haha
 
 
Ok tu ja...
daaaaaaa~
 
 
 

Rahsia Memeluk Bantal Ketika Tidur

 
Rahsia Memeluk Bantal Semasa Tidur
 
 
Wait, peluk bantal pun ada rahsia? haha layan je la... ^-^
 


1. Menggunakan Banyak Bantal
 
Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
 
2. Tidur Memeluk Satu Bantal, Satu Bantal di Kepala
 
 Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan ...
jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


3. Tidur Hanya Dengan Satu Bantal di Kepala
 
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

 4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
 
 Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

5. Tidur Tanpa Bantal
 
 Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
 
 
So, yg mna satu?haha
stress xleh jwb investment analysis..new high new low..analysis sgt huuu
 sdih pn nk wat cmna..kita dah usaha..berserah n redha ja la..prepare for las paper INTERNATIONAL FINANCIAL MANAGEMENT.. hope be nice ya IFM!!
 
 
Ok tu ja..
Daaaaaa~

Sunday 9 June 2013

Stress?





Jgn stress2 naaa..pesan kat diri sndiri..huhu ujung2 sem ni mcm2 la..
Xsukanya wat quiz n test on9..mcm2 masalah..xmo3 igt dh =,=
dia dah start final 5 hb ari tu..esok da paper law..sah2 xtdoq smpai subuh tu..huhu xpham aq..xpening ka xtdoq..tp mmg blh pn..klw dah stail cmtu and nervous sgt mmg mata xngantuk..hihi 
ckp owg aq pun xtdoq lg ni..subuh pn dah azan tu..wat analysis graph pnya psai..tu bwu siap satu..ada lg analysis untuk subjek investment..zzzzzz
chaiyok2!

ok..daaaaaa~ :)



Thursday 23 May 2013

Hanya aku

 
Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku di huni sepi rasa kasihmu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walauku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku
Apakah mungkin berulang janji setia
Apakan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu dijanji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu
Dingin rasa kasihmu bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara kekal selamanya
Walau sekadar mimpi tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku...
 
 
Suka pulak lagu ni..gara2 tgok Teduhan Kasih la ni..huhu
Xpnah dgq pulak kump Hyper Act ni..sian aq kn?hehe video klip pun ada wawa pulak tu...marketing2 haha nak tgok video klip tu leh klik SINI :)
 
ok..tu ja..
daaaaa~
 
 

Tuesday 21 May 2013

gambar bergerak-gerak


haha xda keja dh..
leh la ltak dlm presentation ka haha :p







                                                



c u...daaaaaaaaa~








Friday 19 April 2013

Art n Interior Design!!

Nk tgok art n interior design yg cool?
Tgokla? :p

 
Sekali air tu melimpah..naaa
 
 
Kreatif..nk wt rak buku cmni la nt..:p


Frame ni pun kreatif..^_^
 
 

Lalalala jom menari? haha


Jimat ruang..ehehe

Nak kerusi cmni pun blh :p


360' mirror..senangla nk tgok cmni..kn? hihi


Wahh laser scissor..nk beli satula hadiah kat mak..sng ckit nk gnting kain..gnting kertas..
pasni xyah dok garis2 lg dah..heeeee

 
Wat cmni kat umah..owg pakat my nak amik gmbq..ngee
 
Bas yg best..^_^

Nice room..

Anak ramai leh la wat cmni..:p

Nak bilik cmni!!! hihihi



Bilik cmni pun best..haha :p





Ok..daaaa~
Credit to : Art & Interior Design
 




Cara2 Mengikat Tali Leher





Hehehe jom blajaq ikat tie?
nt leh tlg ikatkan utk husband..hahaha..motif sgt :p
daaaa~
 
 

Sunday 14 April 2013

Kenali Karakter Si Dia Melalui Tarikh Lahir

 
Attention..entri ni utk gurlz only..heheh tp spa2 nk bca pn blh :p
So, gurlz..nk tw karakter buah ati anda, crush or even secret admire anda? Tgok la kot2 ada persamaan kn?
 
 
1
Si dia berjiwa seni & gemar bersantai sambil menenagkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di    
       persisiran pantai.
 
2
Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa
romantik. Pada peringkat awal, dia malu2 kerana takut di kecewakan. Mulakan perhubungan sbg 
teman rapat.
 
3
Sikap si dia sukar di ramal.Anda harus bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong @ berkhemah. Ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
 
4
Kurang yakin & takut mencuba sesuatu yg baru. Apa kata setiap kali si dia bercadang utk melakukan sesuatu perkara, berilah sokongan sepenuhnya kepadanya.
 
5
Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.
 
6
Si dia umpama  magnetik. Semua orang sukakannya. Si dia seorang yg ringan tulang & bersedia membantu sesiapa sahaja.
 
7
Cepat panas baran & mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.
 
8
Si dia agak pendiam & sukar di dekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.
 
9
Pandai mengambil hati & penyayang. Tp awas! Ramai gadis mengejarnya. Maknanya anda mempunyai banyak persaingan.
 
10
Jujur, berterus-terang & berusaha mendapatkan apa yg di ingini. Si dia mudah di senangi & anda pula harus pandai mengambil hatinya.
 
11
Mementingkan kerjaya adakalanya sampai melupakan kehidupan sosial.
 
12
Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan perkara yg remeh temeh. Bagi mereka yg penting adalah kerjaya & soal masa depan.
 
13
Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi si dia seorang  yg penyayang.
 
14
Berjiwa penyayang 7 sukakan kanak2. Si dia juga mementingkan keluarga,
 
15
Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati siapa tahu?
 
16
Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia mempunyai sikap romantik & penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini sukar di dekati.
 
17
Lembut tetapi tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.
 
18
Berkebolehan melukis & kreatif. Si dia banyak menghabiskan masa dengan hobi ini.
 
19
Mudah tersinggung & agak manja. Si dia suka jika anda melayannnya seperti bayi. Melalui lirikan & senyuman manja anda sudah cukup utk menawan hatinya.
 
20
Tenang & bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi yg mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.
 
21
Angin tidak menentu & boleh di kawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
 
22
Agak emosi & sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
 
23
Ego & pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.
 
24
Takut menghadapi kekecewaan mungkin di sebabkan kisah silamnya.
 
25
Si dia seorang yg gembira & gemar melawak.
 
26
Si dia mudah dipengaruhi. Jgn terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.
 
27
Walaupun nampak ganas, sebenarnya si dia berjiwa sentimental. Jgn pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.
 
28
Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu kepada anda.
 
29
Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
 
30
Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh beri nasihat supaya si dia mengawal perbelanjaan & simpan duit utk masa depan.
 
31
Gemar bergaya & pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yg berpesonaliti.
 
 
Sumber : Sisipan BH, Variasi ( Hati )
 
Tq..
daaaaa~
 
 

 


Apa yg baiknya makan sayur ni?

Bnyk la kebaikan mkn sayur ni..wat tnya blh..hehe
Let's check it out some of them!







 
 
Nak byk lg? visit here DailyHealthyLivingTips
 
 
Tq..daaaa~
 
 

Thursday 4 April 2013

Try this

Can you read this?







Now, close your eyes almost 90%
 
hehe
selamat mencuba..sja syok2
daaaaaa~
 
 
 

Sunday 17 March 2013

Cara Terbaru Penyebaran Virus HIV

Assalamualaikum..

Td aq dok bca artikel2 n terbaca artikel ni..huhu artikel ni pasai pesakit HIV positif yg giat dok sebaq virus tu kat owg len.Kes ni pernah masuk TV Thai. Pesakit HIV tu ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, dia dh rosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi silalah berhati-hati...

Sumber: mr google

Kat bawah ni beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih :
 

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih  dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.


2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
    


3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi 'Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawaii jadi berhati-hati... ...
    


4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.


5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.


~Manusia zaman sekarang. Sanggup melakukan apa saja utk menjatuhkan owg lain~



Rawatan Islam (sakit kepala)

 
 

Himpunan Anak Kedah

Assalamualaikum..

Hari ni tlh berlangsungnya upacara menghimpunkan anak2 kedah utk mengaut undi bg pilihanraya yg akan tiba tidak lama lagi..huhu xkisahla apa pn..jnji aq dpt jmpa n tgok Tun Mahathir secara live..wahhh excited!!! hehehe first time dpt tgok dpn2..tp dia berucap sat ja..sbb dia nk p sabah..
 
 
Ramai owg my..noni ngn ayu dpt 100, parlimen langkawi bg..hehehe ada mcm2 kot hadiah cbutan bertuah..laptop, iphone, ipad, basikal, moto n grand prize dia peugeot..n yg PALING X SGKA>>MEMBE AQ LIZA YG MNG KETA TU..huhuhu pergh..rezeki dia kn..tu la untungnya dok sbelah owg yg bertuah mcm aq ni..haha jom tgok gmbq?


Tun n his lovely beloved wife..ecewah..(^_^)

Unpredictable moment..NORLIZA SAAD..pemenang bertuah peugeot!! wahhh!! (tajudin pn ada kat sebelah..ahaha)
Chewah2..Liza n Dato Mukhriz dpn keta..eheeh


Nak jugak!!!!


Hahaha menggedik ja lbih dua owg ni :p



Liza, pasni ang xbalik mengundi BN jaga ang..hahaha
Credit picture: Nuraini Azmi ( nset ang ja yg paling clear n lawa..tgkp gmbar jrawat trus ilang..ehehe)

Ok..sekian..wassalam
daaaa ~